Monday, March 10, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bom Perang Dunia Kedua ditemui di landasan kereta api

    PARIS, 7 MAC – Penemuan sebuah bom dari Perang Dunia Kedua berhampiran landasan kereta api telah mengganggu lalu lintas di stesen Gare du Nord di Paris,  terminal paling sibuk di Perancis, menurut pegawai. 

    Bom yang tidak meletup itu ditemui ‘di tengah-tengah landasan’ pada waktu malam semasa kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan pinggir bandar Saint-Denis, kata syarikat kereta api nasional SNCF. 

    “Bom itu berasal dari Perang Dunia Kedua,” menurut hantaran di platform X oleh perkhidmatan kereta api pinggir bandar RER B.

    Semua lalu lintas ke stesen itu, yang menampung perkhidmatan Eurostar serta kereta api laju dan tempatan, telah ditutup sementara polis Paris berusaha untuk menyahaktifkan bom tersebut. 

    Stesen Gare du Nord terletak di utara Paris dan merupakan terminal kereta api paling sibuk di negara itu, melayani kira-kira 700,000 orang setiap hari, menurut SNCF.- AFP

    Gambar hiasan Freepik

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda