Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bom seberat 125kg ditemukan di tapak pembinaan lapangan terbang

    KOTA BHARU, 29 JAN – Bom seberat 125 kilogram yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada 3:20 petang ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata bom jenis Aerial dengan ukur lilit 82.2 sentimeter (cm) dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9:41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

    “Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.

    “Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata bom tersebut berjaya dimusnahkan dan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu dilakukan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda