Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bom tidak meletup, ribuan penduduk Poland dipindahkan

    WARSAW, 11 OGOS – Lebih kurang 14,000 orang telah dipindahkan di bandar Lublin di timur Poland, hari ini selepas seorang pekerja pembinaan menemui bom besar yang tidak meletup.

    Polis, tentera Pertahanan Wilayah dan pengangkutan bandar membantu dalam proses pemindahan, yang perlu dilakukan sebelum jurutera tentera mengeluarkan bom tersebut dan membawanya pergi untuk dimatikan, menurut jurucakap dewan bandaran, Katarzyna Duma.

    Jalan-jalan di kawasan itu telah ditutup.

    Duma berkata penduduk dibawa ke tempat selamat di sekolah dan bangunan besar lain.
    Mereka telah diarahkan untuk mematikan gas, air dan elektrik di rumah mereka, menutup tingkap dan pintu serta membawa kad pengenalan dan ubat-ubatan yang diperlukan bersama mereka.

    Penduduk dijangka boleh pulang ke rumah pada awal petang.

    Pekerja pembinaan menemui bom seberat 250 kilogram yang tertimbus di dalam tanah semasa kerja-kerja di kawasan kediaman baharu, kelmarin.

    Bom Perang Dunia II masih kerap ditemui semasa kerja-kerja tanah di Poland, yang merupakan tapak pertempuran hebat. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda