Wednesday, December 25, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bomba AS guna ais rawat mangsa strok haba

    PHOENIX, 5 JUN – Pasukan bomba di bandar besar terpanas di Amerika Syarikat (AS), Phoenix, menggunakan teknik baharu semasa gelombang panas pertama musim ini melanda dengan suhu tiga digit, dengan harapan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan yang mencatatkan 645 kematian berkaitan haba tahun lalu.

    Jabatan Bomba Phoenix akan merendam mangsa strok haba dalam ais semasa perjalanan ke hospital-hospital di kawasan tersebut. Teknik perubatan itu, dikenali sebagai rendaman air sejuk, sudah biasa bagi pelari maraton dan anggota tentera dan baru-baru ini juga diguna pakai oleh hospital-hospital di Phoenix sebagai protokol utama, kata Kapten Bomba, John Prato.

    Prato mendemonstrasikan kaedah itu awal minggu ini di luar jabatan kecemasan Valleywise Health Medical Center di Phoenix, dengan membungkus ais di dalam beg biru yang kedap air di sekitar patung perubatan yang mewakili pesakit.

    Dia berkata bahawa teknik itu dapat menurunkan suhu badan dengan ketara dalam beberapa minit.

    “Minggu lalu sahaja, kami mempunyai seorang pesakit kritikal yang berjaya kami pulihkan sebelum kami sampai ke pintu bilik kecemasan,” kata Prato. ‘Itulah matlamat kami iaitu untuk meningkatkan dan menyelamat nyawa pesakit’.

    Rawatan strok haba itu telah menjadikan ais dan beg rendaman sebesar manusia sebagai peralatan standard di semua kenderaan kecemasan Jabatan Bomba Phoenix.

    Ia adalah antara langkah yang diambil oleh bandar tersebut tahun ini kerana suhu dan kesannya terhadap manusia semakin meningkat. Buat pertama kalinya, Phoenix juga akan mengekalkan dua stesen penyejukan dibuka semalaman pada musim ini. – AP

    Kapten Bomba Phoenix John Prato menunjukkan protokol baharu yang diguna pakai oleh jabatan bomba untuk gelombang haba pertama pada 3 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda