Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bomba bergelut padam kebakaran di Turki

    ANKARA, TURKI, 22 JUN – Anggota bomba, dibantu oleh pesawat dan helikopter yang menjatuhkan air, memadam kebakaran hutan di barat daya Turki kelmarin, menurut kenyataan pegawai dan laporan media.

    Kebakaran tersebut berlaku petang kelmarin di wilayah Bordubet, dekat pusat peranginan Marmaris di pantai Aegean Turki. Ia merebak dengan pantas disebabkan tiupan angin kencang, lapor agensi Anadolu.

    Kira-kira 30 buah rumah berhampiran wilayah itu telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga, lapor agensi berita swasta, DHA. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

    “Disebabkan angin, keadaan menjadi lebih buruk,” kata datuk bandar Marmaris, Mehmet Oktay. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda