Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bomba fokus unsur sabotaj kebakaran baharu Wisma Jakel

    SHAH ALAM, 3 JAN – Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api menjadi antara fokus utama siasatan bomba Selangor susulan kebakaran terbaharu di bilik simpanan kain langsir Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini, awal pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata bagaimanapun siasatan pihaknya akan memberi tumpuan kepada semua aspek dan dikaji secara mendalam agar maklumat menyeluruh dapat diperoleh.

    “(Punca bara di bawah kain), itu kami masih siasat dan mengambil aspek yang perlu kami analisis. Mungkin bara-bara yang tertinggal atau ada sesiapa yang naik melakukan pembakaran. 

    “Aspek-aspek lain juga akan dilihat dan dikaji secara mendalam. Setakat ini belum ada lagi satu kesimpulan yang boleh dibuat mengenai kebakaran kedua ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian kebakaran di Wisma Jakel, hari ini. 

    Norazam berkata pihaknya memerlukan tempoh 14 hari bagi menjalankan siasatan dan analisis awal termasuk mendapatkan saksi kejadian itu. Jelas Norazam, pihaknya hari ini turut menggerakkan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu dua ekor anjing jantan dari baka English Springer Spaniel bernama Woody dan Rocco untuk mengesan apa-apa bahan yang boleh mencetuskan kebakaran. – Bernama

    Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat melakukan kerja-kerja pemadaman api yang melibatkan sebuah gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...