KOTA KINABALU, 23 OKT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 33 panggilan kecemasan melibatkan kejadian pokok tumbang di negeri ini dalam tempoh lima hari hingga 7 pagi tadi.
Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata Kota Belud mencatatkan panggilan tertinggi dengan tujuh kes, diikuti Tuaran lima kes, Putatan empat kes dan Kunak serta Penampang masing-masing tiga kes.
Beliau berkata Keningau dan Papar pula masing-masing merekodkan dua kes manakala Kota Kinabalu, Tambunan, Sandakan, Beluran, Tawau, Kudat serta Kuala Penyu masing-masing dengan satu kes.
“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca tidak menentu yang boleh mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut petir,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama