Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bomba selamat jari kanak-kanak tersepit

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Jari telunjuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang tersepit di celah-celah lubang bakul plastik, berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenainya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Perpindahan Lambak Kiri, kelmarin.

    Menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), hari ini, panggilan mengenai insiden tersebut diterima pada pukul 5:04 petang.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa empat orang anggota dari Balai Bomba Lambak Kanan yang diketuai oleh ABK Abdul Rahman bin Haji Edin dikerahkan ke tempat kejadian.

    Di tempat kejadian, anggota bomba dan penyelamat mendapati jari telunjuk seorang kanak-kanak perempuan telah tersepit di celah lubang bakul jenis plastik. Anggota bomba dan penyelamat bertindak mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan dengan kaedah kebombaan dan kanak-kanak itu tidak mendapat sebarang kecederaan.

    JBP menyarankan orang ramai untuk tidak membiarkan kanak-kanak bermain seorang diri, sentiasa mengawasi kanak-kanak untuk memastikan mereka dalam keadaan selamat serta untuk menjauhkan barangan yang berbahaya dan mudah terbakar yang senang dicapai oleh mereka.

    Orang ramai juga disarankan bahawa jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.

    Jari telunjuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang tersepit di celah lubang bakul plastik dalam kejadian yang berlaku di Lambak Kiri, kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda