GEORGE TOWN, 4 MEI – Ketangkasan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap selepas kediamannya di Taman Island Glades musnah dalam kebakaran, semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata mangsa seorang lelaki berusia 73 tahun dibawa keluar melalui pintu belakang.

