SIBU, 30 JAN – Penubuhan pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti menjadi kaedah terbaik untuk menangani kes kebakaran dan usaha menyelamat awal di kawasan penempatan pedalaman yang bertaburan seperti di Sarawak. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata penduduk di kawasan pedalaman negeri itu, digalakkan menubuhkan pasukan sukarela