Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Bomoh’ muda akui salah laku amang seksual

    CHUKAI, 13 FEB – Seorang ‘bomoh’ muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

    Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin,20, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

    Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Adiq Alqbab didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan kesalahan itu terhadap kanak-kanak berkenaan di sebuah rumah di Bandar Seri Bandi dekat sini kira-kira 1 pagi pada 31 Januari lepas.

    Dia boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) akta yang sama kerana melakukan perbuatan itu terhadap mangsa pada pertengahan Januari lepas di lokasi dan masa yang sama.

    Hakim Wan Suhaila membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 13 Mac ini sebagai laporan sosial, fakta dan hukuman. – Bernama

    Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin (dua, kanan) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda