Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bongkah batu gugur ragut 1 jiwa

    TAMAN NEGARA YOSEMITE, California, 28 Sept – Sebongkah batu bersaiz sebuah bangunan pangsapuri – terjatuh dari El Captain di Taman Negara Yosemite, membunuh seorang dan mencederakan seorang lagi di gunung pada kemuncak musim pendakian, menurut para pegawai dan saksi.

    Kira-kira 30 orang pendaki berada di dinding pada ketika itu, tetapi tidak jelas jika mangsa-mangsa adalah pendaki atau pelancong, menurut renjer Scott Gediman semalam.

    “Ia disaksikan oleh ramai orang,” ujarnya.

    Mangsa yang tercedera dikejarkan ke hospital dekat taman itu. Nama mangsa tidak didedahkan.

    El Captain adalah salah sebuah monolit granit terbesar di dunia yang mempunyai ketinggian 1,219 meter dari Lembah Yosemite.

    Gambar fail 14 Januari 2015 menunjukkan El Capitan di Taman Negara Yosemite, California. – AP

    Beberapa orang telah membuat panggilan kecemasan, dengan melaporkan batu besar yang jatuh dari laluan Waterfall di timur El Captain.

    Para pegawai tidak memberikan butiran tentang saiz batu besar yang jatuh, tetapi para pendaki telah menghantar gambar ke media sosial dari ketinggian beratus-ratus kaki di tembok itu yang menunjukkan kepulan habuk putih tidak lama selepas kemalangan.

    “Saya melihat seketul batu besar, granit putih bersaiz bangunan pangsapuri, kira-kira 100 kaki dengan 100 kaki, tanpa amaran tiba-tiba terkopek dari dinding,” kata seorang pendaki dari Kanada, Peter Zabrok, 57 tahun, yang mendaki El Captain dan berada di atas batu besar yang jatuh.

    Zabrok berkata dia telah menolak El Captain berbelas-belas kali dan ‘tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini.”

    Para pendaki gunung dari seluruh dunia pergi ke taman itu yang terletak di Sierra Nevada untuk mendaki permukaan curam El Captain.

    Batu-batu besar jatuh adalah lumrah di Yosemite tetapi jarang mengakibatkan kematian. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda