Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Booker bantu Suns atasi Pelicans

    LOS ANGELES, 2 APRIL – Devin Booker mempamerkan aksi hebat dengan menja-ringkan 52 mata ketika Phoenix Suns mengatasi New Orleans Pelicans 124-111 dalam NBA kelmarin.

    Prestasi cemerlang Booker memberikan harapan kepada Phoenix untuk mengejar New Orleans bagi tempat playoff automatik dengan persembahan yang mantap di gelanggang lawan di Smoothie King Center.

    Kemenangan Phoenix, yang memastikan Minnesota Timberwolves telah merangkul tempat playoff, menjadikan Suns hanya satu kemenangan di belakang pasukan di tempat keenam, New Orleans.

    Dengan kedudukan sekarang, Phoenix kini 44-31 dan berada di landasan untuk kejohanan play-in Western Conference.

    Bagaimanapun, New Orleans (45-30) berdepan perlawanan akhir yang mendebarkan pada musim biasa, kerana mengetahui bahawa satu kesilapan boleh membawa padah.

    Aksi Devin Booker (kanan) pada separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA di New Orlean pada 1 April. – AP 

    Kesemua lima pemain utama Phoenix mencatatkan jumlah mata dua digit, dengan Kevin Durant menamatkan dengan 20 mata, tujuh rebound dan tiga assist, dan Jusuf Nurkic menambah 19 mata dengan 19 rebound.

    Zion Williamson mendahului New Orleans dengan 30 mata manakala Trey Murphy menambah 21 mata.

    Dalam perlawanan lain, Jayson Tatum dan Sam Hauser kedua-duanya menjaringkan 25 mata ketika Boston Celtics menewaskan Charlotte Hornets 118-104 di North Carolina.

    Boston, yang sudah mendapat tempat teratas dalam Eastern Conference, telah dikejutkan oleh Hornets dalam kekalahan awal musim ini.

    Tetapi walaupun kemenangan pada awal perlawanan hari ini, terdapat sedikit peluang untuk kekalahan berulang selepas Celtics mengukuhkan kedudukan dengan melebarkan kelebihan 19 mata pada suku keempat.

    Sumbangan 25 mata Hauser dari bangku simpanan termasuk tujuh jaringan tiga mata manakala pemain pemula, Kristaps Porzingis (20), Derrick White (19) dan Al Horford (15) turut membuat dua angka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...