Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Borang kurnia tambang haji diedarkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa borang permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1442 Hijrah/2021 Masihi telah mula diedarkan hari ini.

    Sehubungan itu, pegawai dan kakitangan kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah mendapatkannya di Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Baru, KHEU, Jalan Dewan Majlis atau Pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

    Jabatan tersebut dalam kenyataan itu memaklumkan borang permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui ketua jabatan masing-masing sebelum 21 Disember.

    Dalam pada itu, pemohon juga diingatkan untuk mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu menggunakan aplikasi BruHealth dan mengimbas kod QR sebelum masuk ke tempat pengambilan borang, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai penutup mulut dan hidung, hendaklah dalam keadaan yang sihat dan sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan atau menggunakan gel pensanitasi tangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda