JAKARTA, 30 OGOS – Keputusan untuk meninggalkan Jakarta bagi memindahkan ibu kota tersebut ke Borneo tidak akan menyelamatkan bandar mega itu daripada terus tenggelam dalam bencana, bahkan tidak akan memberi penyelesaian kepada krisis alam sekitar di kawasan tuan rumah kepada hutan hujan dan tempat tinggal kepada spesies orang utan yang semakin pupus, pengkritik memberi amaran.
Presiden Joko Widodo mengumumkan minggu ini bahawa pusat bandar politik Asia Tenggara itu akan berpindah ke jarak sejauh 2,000 kilometer (1,200 batu) timur, sebagai usaha mengurangkan kesesakan di kepulauan yang memiliki ramai penduduk Jawa itu. Jakarta yang semakin tercemar, sebuah penempatan hampir 30 juta penduduk dan merupakan sebuah bandar metropolitan, berdepan dengan pelbagai masalah seperti pencemaran air, trafik serta risiko kepada berlakunya gempa bumi dan banjir.
Ia juga merupakan sebuah kawasan yang mudah tenggelam di bumi ini.
Para pakar berkata satu pertiga daripada Jakarta akan tenggelam menjelang tahun 2050 berikutan dengan penggunaan berlebihan terhadap simpanan air bawah tanah, air laut yang akan meningkat dan perubahan cuaca. Pembinaan untuk bandar baharu di kawasan timur di Borneo, sebuah kawasan yang masih dirahsiakan, dijangka akan bermula tahun hadapan dengan anggaran 1.5 juta penduduk akan berpindah menjelang tahun 2024, dengan peruntukkan yang dianggarkan mencecah AS$33 bilion. Dikenali sebagai Kalimantan, bahagian Indonesia di Borneo, di mana negara itu berkongsi sempadan dengan Malaysia dan Brunei, merupakan sebuah kawasan kepada aktiviti perlombongan dan juga merupakan kawasan yang menempatkan spesies orang utan dalam habitat sebenar mereka.
Tetapi aktiviti perlombongan dan penanaman kelapa sawit sememangnya sudah menjadi ancaman kepada persekitaran Borneo dan mendatangkan kemudaratan kepada spesies habitat, ditambah lagi dengan pembinaan sebuah bandar mega di kawasan itu, menambahkan lagi masalah yang sedia ada di Borneo. – AFP
