Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Borneo Mini Run lawat Tenom

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Oktober – Borneo Mini Run telah dianjurkan lagi baru-baru ini, buat kali ketiga tahun ini telah menggabungkan Persatuan Pemilik-pemilik Mini Brunei dan Borneo Classic Mini Group (BCMG) dari Sabah bagi sama-sama mengadakan perjalanan konvoi menuju ke Tenom, Sabah.

    Dengan perjalanan yang mengambil masa selama enam jam bagi menuju ke destinasi yang dituju, pertemuan bersama BCMG telah diaturkan di Sipitang dengan mengumpulkan keseluruhan peserta seramai 35 orang (12 dari Brunei) dan sebanyak 32 buah kenderaan Mini.

    Perjalanan itu bukan saja bertujuan untuk menghubungkan silaturahim antara kelab Mini di Brunei dan Sabah namun ia juga bagi berkongsi minat dan hobi yang sama dalam kalangan mereka.

    Presiden Persatuan Pemilik-pemilik Mini Brunei, Awang Romzi bin Haji Mohd Yusof yang ikut serta dalam konvoi berkenaan turut berkongsi pengalaman semasa menaiki Bukit Tenom yang baginya amatlah mencabar.

    Persatuan Pemilik-pemilik Mini Brunei dan BCMG bergambar ramai semasa konvoi tersebut.

    “Semasa konvoi, kami berdepan cuaca hujan, bagaimanapun Alhamdulillah cabaran itu dapat kami atasi dan perjalanan berjalan lancar serta ekspedisi itu menjadi kenangan manis yang tak akan dilupakan.

    “Saya juga berharap agar hubungan dan pengalaman yang diperolehi oleh ahli-ahli yang mengikuti ekspedisi ini akan dijadikan sebagai suatu memori yang indah bagi berkongsi minat yang sama,” tambah beliau lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda