Sunday, April 27, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Borneo United bantu kumpul darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Dalam usaha membantu menambah jumlah darah di Unit Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), warga Borneo United Enterprise Sdn Bhd telah mengadakan kempen derma darah di hospital berkenaan, hari ini.

    Turut menyertai kempen itu ialah Pengarah Urusan Borneo United, Stanley Lim Hock Ghim.

    Kempen yang diusahakan bersama oleh Borneo United dan Unit Tabung Darah Hospital RIPAS itu telah berjaya mengumpulkan sebanyak 20 pain darah.

    Kempen bertujuan untuk membantu menambah tabung simpanan darah Hospital RIPAS sekali gus menyelamatkan nyawa serta melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan.

    Di samping itu, kempen juga memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan Borneo United Enterprise Sdn Bhd menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

    Syarikat berkenaan menganjurkan kempen seumpamanya setiap tahun sejak beberapa tahun yang lalu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dan akan terus menganjurkan kempen seumpamanya pada masa akan datang.

    Stanley Lim Hock Ghim bergambar ramai bersama warga Borneo United.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda