Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Borrell gesa penguatkuasaan perintah mahkamah PBB

    BRUSSELS, 27 MEI – Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell berkata hari ini keputusan mahkamah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengarahkan Israel untuk menghentikan serangannya di Rafah, Gaza mesti dilaksanakan, ketika menteri-menteri Eropah bertemu dengan rakan sejawat Arab di Brussels.

    Israel terus menyerang Rafah ketika kerajaannya telah menolak keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Jumaat.

    Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin berkata serangan Israel ke atas pusat untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal membunuh puluhan berhampiran bandar selatan Rafah kelmarin, manakala tentera Israel berkata ia telah menyasarkan pejuang Hamas.

    “Kami perlu menyatakan bukan sahaja penghormatan, tetapi juga meminta pelaksanaan keputusan mahkamah,” kata Borrell pada permulaan mesyuarat di Brussels.

    “Ini benar-benar satu dilema bagaimana masyarakat antarabangsa boleh memaksa pelaksanaan keputusan itu,” tambahnya.

    Menteri luar EU mengadakan rundingan hari ini dengan rakan sejawatan mereka dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik untuk penyelesaian dua negara selepas perang Gaza.

    “Kami akan mendengar pandangan mereka tentang cara-cara untuk menyokong pihak berkuasa Palestin dan Palestin dan bagaimana untuk memulih-kan proses politik,” kata Borrell. – AFP

    Borrell menyampaikan kenyataan kepada media sebelum mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar (FAC) di ibu pejabat EU di Brussels pada 27 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...