BARCELONA, 26 Jan – Pengurus gergasi Sepanyol Barcelona, Luis Enrique (gambar) sekali lagi mengelak daripada menjawab soalan mengenai masa depannya, di tengah-tengah timbulnya spekulasi bahawa dia bakal meninggalkan kelab Sepanyol itu pada penghujung musim ini. Enrique telah merangkul lapan kejuaraan dalam tempoh dua tahun setengah bersama kelab itu, namun kontraknya bakal tamat pada hujung musim