Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bos Chelsea berhijrah ke Israel

    BAITULMAQDIS, 29 Mei – Jutawan Rusia Yahudi dan pemilik kelab bola sepak Chelsea Roman Abramovich tiba di Israel semalam selepas menerima kewarganegaraan di negara Yahudi itu, menurut laporan televisyen tempatan, Channel 10.

    “Dia mendarat hari ini menggunakan pesawat peribadinya di lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv dan diberikan kad pengenalan Israel, menurut stesen berita itu.

    Seorang pegawai di Nativ, dari jabatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang mengendalikan komuniti Yahudi di negara bekas Kesatuan Soviet itu, berkata Abramovich telah memohon visa penghijrahan di kedutaan Israel di Moscow, kata stesen itu menerusi laman sesawangnya.

    “Dokumennya telah diperiksa di bawah ‘Undang-undang Pemulangan’ dan dia berhak mendapat status penghijrah di Israel dan hasilnya dia telah diberikan visa imigrasi,” tambahnya.

    Jurucakap bagi pejabat Netanyahu ketika dihubung AFP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan atau menolak laporan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda