LONDON, 1 Mac – Pengurus Everton, Ronald Koeman memberikan laluan kepada Wayne Rooney untuk kembali kepada kelab remajanya dengan berkata bahawa dia pasti akan menjadikan Everton ‘lebih kuat’.
Minggu lepas Rooney membuat kenyataan bahawa dia akan kekal bersama Manchester United susulan spekulasi berterusan bahawa dia mungkin membuat perpindahan mewah ke Liga Super China.
Tetapi keraguan masih menyelubungi masa depan jangka panjang pemain berusia 31 tahun itu, dan Koeman kelihatannya bersedia untuk membawa pulang Rooney ke Everton.
“Saya percaya bahawa Wayne Rooney masih bermain di peringkat tertinggi,” kata Koeman.
“Saya fikir dia telah membuat pilihan yang bagus untuk kekal di Manchester United dan dalam Liga Perdana kerana dia masih mempunyai dua atau tiga tahun lagi untuk bermain di peringkat tertinggi,” kata bekas pemain antarabangsa Belanda tersebut. – AFP
