Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bos Man City tepis isu penjualan Stones

    MANCHESTER, 29 April – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan bahawa John Stones kekal selaku pemain utama City dan menafikan spekulasi pertahanan England itu mungkin akan meninggalkan kelab pada hujung musim ini.

    Stones, 23, tidak beraksi bersama juara Liga Perdana itu sejak awal Mac selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama England.

    Disebabkan itu timbul khabar angin bahawa pemain itu, yang menandatangani kontrak selama enam tahun dari Everton pada Ogos 2016, mungkin akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

    Namun Guardiola menafikannya, ketika ditanya kemungkinan Stones akan meninggalkan Stadium Etihad.

    “Saya tidak tahu kenapa orang boleh mempercayai kami akan menjual Stones.

    “Dia adalah seorang pemain muda serta pemain antarabangsa untuk England. Sumbangannya yang besar adalah antara faktor utama kami berjaya memenangi gelaran liga.

    “Saya tidak tahu berapa lama Stones akan berada di City tetapi selagi saya berada di sini, Stones akan terus bersama kami.

    “Apabila dia sering berdepan kecederaan yang tidak menentu, sememangnya ia bukanlah tempoh yang mudah.

    “Saya memohon maaf pada individu yang mengumumkan bahawa kami akan menjual Stones kerana mereka adalah penipu. Saya tidak akan memberi komen mengenai musim perpindahan pemain sekiranya ia adalah berita palsu,” katanya.

    Kebelakangan ini Guardiola lebih memilih untuk menurunkan gandingan Vincent Kompany dan Nicolas Otamendi bagi barisan pertahanan tengah dan gandingan itu dijangka disenaraikan hari ini ketika menentang West Ham di Stadium London. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda