LOS ANGELES, 23 Julai – Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane berkata bek kanan Brazil, Danilo tidak lagi bersama pemegang gelaran Liga Juara-Juara itu, dengan Manchester City kelihatan menjadi destinasi pemain itu.
Menjelang aksi persahabatan pra musim Real menentang gergasi Liga Perdana, Manchester United di Santa Clara, California, Zidane ketika bercakap di Los Angeles mengenai perubahan dalam skuad juara Sepanyol itu, termasuk perpindahan penyerang Alvaro Morata ke juara Liga Perdana, Chelsea.
“Kami mempunyai beberapa pemain yang sangat bagus pergi dan beberapa orang pemain muda masuk. Kami selalu cuba untuk membuat peningkatan,” kata Zidane. “Danilo telah pergi dan begitu juga Morata. Saya tidak mengatakan kami kekurangan seorang penyerang, tetapi terdapat satu kekurangan daripada apa yang kami ada di sini berbanding tahun lepas. Kami akan lihat bagaimana kami menanganinya. Kami semua di sini dan terdapat 28 orang pemain. Pemain masih ramai bersama kami.”
Beberapa laporang mengenai Danilo, 26, yang telah membantu Real bagi meraih gelaran Liga Juara-Juara dalam dua tahun kebelakangan ini, dijangka menyertai Man City tertakluk pada ujian kesihatan. – AFP