Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bos Southampton gesa pemain bangkit

    LONDON, 27 Feb – Pengurus Southampton, Claude Puel menegaskan agar para pemainnya akan menggunakan kekecewaan dalam final Piala Liga sebagai dorongan untuk mengakhiri di kedudukan terbaik dalam Liga Perdana.

    Pasukan Puel telah dinafikan buat kali kedua untuk menjulang trofi itu dalam sejarah mereka selepas tandukan Zlatan Ibrahimovic di minit ke-87 memberikan Manchester United kemenangan di Wembley.

    Ia merupakan nasib yang kejam buat Southampton kerana telah menguasai sebahagian besar permainan dan telah bangkit daripada ketinggalan 2-0.

    Puel terutamanya jelas kecewa kerana Southampton telah dinafikan gol pembukaan perlawanan di awal separuh masa pertama apabila Manolo Gabbiadini membuat sentuhan menewaskan David de Gea, hanya mendapati usahanya itu dibatalkan kerana ofsaid.

    Claude Puel mahu teknologi video digunakan dan berkata pasukannya tidak bernasib baik dalam perlawanan akhir tersebut. - AP
    Claude Puel mahu teknologi video digunakan dan berkata pasukannya tidak bernasib baik dalam perlawanan akhir tersebut. – AP

    Jurulatih warga Perancis itu meminta teknologi video digunakan bagi memastikan detik penting seperti itu mendapat keputusan yang sebaiknya.

    “Setentunya saya mahukan video di masa akan datang, sebagai contoh situasi seperti ini,” katanya. “Ketika ini bola sepak tanpa video, dan kadangkala satu keputusan silap dan merugikan kami.

    “Adalah penting untuk menerima kekalahan ini tetapi saya kecewa bagi pihak pemain dan para penyokong.”– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda