MANCHESTER, 1 Nov – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mempertahankan keputusannya untuk tidak membenarkan Romelu Lukaku mengambil penalti dalam kemenangan 2-0 United ke atas Benfica.
Mourinho sebelum ini mempertahankan Lukaku selepas kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur hujung minggu lalu, tetapi apabila United mendapat penalti di separuh masa kedua menentang Benfica, dia mengarahkan Daley Blind untuk mengambilnya.
“Saya tidak faham kenapa semua orang bertanyakan soalan yang sama,” kata Mourinho apabila ditanya mengenai keputusannya itu.
“Tetapi keputusan saya, berdasarkan apa yang kami lakukan dalam latihan dalam beberapa hari kebelakangan ini, dan ia adalah Blind. Para pemain perlu menghormati keputusan saya. Itu sahaja, habis cerita.” – AFP