Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bosan dengan trend: Arkitek Rusia hasil sentuhan pengubahsuaian moden

    BELGOROD – Selama beberapa dekad, keadaan tebing sungai yang mengalir melalui bandar Belgorod, Rusia, sentiasa berada dalam keadaan buruk. “Sukar untuk turun ke dalam air dan ia benar-benar kotor,” kata arkitek, Jezi Stankevic. Kini, kawasan dermaga dan bilik istirehat bagi para remaja di laluan kayu yang melangkah ke seberang sungai, dapat dilihat dari sebuah ampiteater kayu yang terletak berdekatan.

    Idea bagi mewujudkan ruang awam yang selesa bukanlah satu perkara yang baharu namun ia seperti baharu sahaja bermula di bandar tinggalan Soviet seperti Belgorod, yang terletak kira-kira 600 kilometer di selatan Moscow. Bandar ini dibina dengan matlamat untuk memenuhi sasaran pengeluaran dan bukannya memenuhi kehendak keperluan penduduk, kata Daria Paramonova, firma seni bina Strelka yang mengetuai projek itu.

    Firma tersebut yang berpangkalan di Moscow telah dianugerahkan kontrak bagi mengawasi pertumbuhan semula 40 buah bandar di bawah program kerajaan yang telah dilancarkan pada tahun 2017. Projek yang masih berjalan itu merupakan projek regenerasi bandar terbesar di Rusia selepas pasca Soviet, menurut Strelka. Idea itu terhasil disebabkan negara itu bergelut untuk menghentikan gelombang anak muda yang berpindah dari wilayah itu ke ibu kota bagi mencari peluang kehidupan yang lebih baik.

    Kualiti suatu kehidupan?

    Paramonova berkata bahawa tanggapan mengenai ‘kualiti kehidupan’ pada mulanya asing bagi penduduk, di mana keperluan dan harapan tidak menjadi keutamaan sebelum ini bagi perancang bandar. “Kini, kita mengatakan bahawa apa yang penting ialah untuk menjaga manusia,” tambahnya sambil menekankan peranan orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

    Penduduk Belgorod, sebuah kota provinsi yang mempunyai sekitar 400,000 penduduk yang dibangunkan semula setelah Perang Dunia II, telah menghadiri pertemuan umum dan mengundi secara online bagi projek rekaan kegemaran mereka. Kawasan tepi sungai di mana orang ramai kini boleh berjalan, bermain sukan dan berjalan-jalan bersama anjing mereka, merupakan satu permulaan.

    Idea bagi mewujudkan ruang awam yang selesa bukanlah satu perkara yang baharu namun ia seperti baharu sahaja bermula di bandar bekas Soviet seperti Belgorod, yang terletak kira-kira 600 kilometer di selatan Moscow. – AFP
    Salah seorang arkitek, Jezi Stankevic. – AFP
    Projek yang masih berjalan itu merupakan projek regenerasi bandar terbesar di Rusia selepas pasca Soviet. – AFP

    Bandar ini dibina dengan matlamat untuk memenuhi sasaran pengeluaran dan bukannya memenuhi kehendak keperluan penduduk. – AFP
    Seperti kebanyakan bandar-bandar di Rusia, Belgorod telah melihat penghijrahan belia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 dan penutupan banyak kilang tempatan. – AFP

    Matlamat utama adalah untuk memperluaskan laluan pejalan kaki sehingga 20 km di sepanjang sungai. Strelka telah mengambil alih projek itu untuk di peringkat awal dan akan menasihati pegawai serta arkitek tempatan yang lain.

    Manakala bandar-bandar lain sedang berbaris untuk membuat perubahan ruang awam termasuk bandar-bandar terbesar Rusia seperti Ekaterinburg, Vladivostok dan Grozny di mana sebuah taman baharu akan diwujudkan, serta Novosibirsk.

    Terkenal

    Seperti kebanyakan bandar-bandar di Rusia, Belgorod telah melihat penghijrahan belia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 dan penutupan banyak kilang tempatan. Akibatnya, hasil belanjawan negara telah jatuh dan projek-projek pertumbuhan semula telah merosot ke arah agenda yang lain.

    Walaupun ada yang mempersoalkan bagaimana Belgorod akan mengekalkan kemudahan baharu yang mahal, kebanyakannya akan digunakan oleh para pelajar di sebuah universiti berdekatan dan juga ibu-ibu muda seperti kerusi pushch, yang telah menerima sambutan yang baik sejak ia dibuka pada November 2017.

    “Ia benar-benar lebih cantik,” kata Yelena, pakar kawalan kualiti berusia 38 tahun yang berjalan di bawah sinar matahari musim bunga. “Anda berada di tengah-tengah bandar tetapi anda tidak mendengar apa-apa bunyi bising, saya mengelarnya sebagai menenangkan,” tambahnya kepada media.

    Kesan Moscow

    Sejak tahun 2010, Kremlin telah membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan infrastruktur awam, terutamanya menerusi program persekutuan yang telah menyerahkan 42.2 bilion rubel untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

    Pada tahun lalu, Presiden Vladimir Putih telah meminta pemerintah setiap wilayah untuk menggandakan sumbangannya bagi mewujudkan ‘persekitaran bandar raya yang selesa dan nyaman’.

    Paramonoca menekankan impak positif yang telah berjaya di Moscow – lebih mahal – skim pengubahsuaian ‘My Street’ telah mendapat projek ‘meremajakan’ kawasan tersebut. Dimulakan pada tahun 2015, ia secara radikal telah mengubah wajah kawasan tersebut menjelang Piala Dunia Bola Sepak pada tahun 2018.

    Kos projek itu membangkitkan kontroversi apabila ia melonjak kepada 126 bilion rubel dan diancam oleh tuduhan rasuah oleh pihak berkuasa perbandaran. Tetapi kini, Moscovites jarang mengimbau kembali perjalanan tiga musim projek itu dilaksanakan, panas dan kerja pengubahsuaian yang berdebu.

    Mengekalkan modal insan

    Paramonova mengakui bahawa ia adalah rumit untuk membawa gagasan yang sama ke wilayah-wilayah di mana terdapatnya kekurangan wang malah lebih banyak masalah.

    Tetapi dia berharap kerja-kerja Strelka akan dapat menggalakkan arkitek tempatan untuk membangunkan projek mereka sendiri.

    Membuat bandar-bandar provinsi tempatan lebih menarik untuk hidup adalah sangat penting bagi memastikan kelangsungan hidup mereka, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Mereka yang bekerja di Belgorod mendapat kurang daripada setengah gaji purata di ibu negara. “Pada hari ini semua bandar sedang berjuang untuk mengekalkan modal insan mereka dan berusaha mewujudkan situasi hidup yang akan menghalang penduduk dari meninggalkan bandar mereka menuju ke Moscow atau di tempat-tempat yang lain,” kata timbalan gabenor wilayah Belgorod yang bertanggungjawab dalam perancangan bandar itu.

    “Kita perlu melakukan semua ini,” kata Yevgeny Glagolyev. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda