Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bosch kurangkan 3,500 pekerjaan

    FRANKFURT, JERMAN, 25 FEB – Kumpulan Bosch berkata pada Jumaat ia akan memecat 3,500 pekerja di anak syarikat peralatan rumah BSHnya menjelang 2027, yang terbaharu dalam siri pemecatan dalam kalangan pengeluar Jerman ketika syarikat bergelut dengan peningkatan kos dan permintaan yang lebih lemah.

    Syarikat itu terpaksa ‘mengurangkan kerumitan dan kos’ untuk ‘melindungi daya saingnya’ dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, kata BSH dalam satu kenyataan.

    Adalah ‘penting untuk mengkaji semula struktur sedia ada’ dan menyesuaikan diri dengan pasaran pertumbuhan baharu, katanya.

    “Ini termasuk menyelaraskan struktur dan kos kakitangan mengikut keperluan baharu.”

    Pembuangan pekerjaan global akan menjejaskan pekerja ‘tidak langsung’, tambah BSH, merujuk terutamanya kepada jawatan pentadbiran.

    Kira-kira 1,000 pekerjaan akan dihentikan tahun ini, katanya.

    BSH diasaskan sebagai usaha sama oleh Bosch dan Siemens pada 1967, sebelum menjadi anak syarikat milik penuh Bosch hampir sedekad yang lalu.

    Ia menggaji kira-kira 60,000 orang di seluruh dunia, 17,000 daripadanya di Jerman. – AFP

    Gambar The Economic Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda