Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boss tampil santai, elegan

    MILAN – Pereka Milan telah menyerlahkan fesyen pakaian ke dalam warna neutral dan gabungan untuk musim panas akan datang mencerminkan corak konservatif yang mengambil masa untuk disiapkan ke arah pengeluaran pakaian yang boleh menarik perhatian dan menambat mana-mana busana pakaian.

    Boss merombak tanda dagangan rekaan pakaiannya dengan konsep lebih santai, malah direka semula ke arah suasana yang boleh membawa lelaki dan wanita tampil dari masa bekerja sehingga selesai waktu bekerja. Berikut adalah beberapa sorotan pratonton pentas pertunjukan bagi jenama Boss baru-baru ini di Minggu Fesyen Milan untuk Musim Bunga-Musim Panas 2025.

    BOSS KELUAR DARI PEJABAT

    Pereka Boss selaku Naib Presiden Kanan bagi hala tuju kreatif jenama Jerman, Marco Falcioni, sedang menghantar mesej kepada dunia fesyen, ‘keluar dari pejabat.’

    “Menjadi bos bermakna mengambil cuti untuk berehat. Berehat adalah kemewahan terunggul,” kata Falcioni lagi.

    Bagi menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dalam dunia yang tidak terkawal, Falcioni telah melonggarkan sut perniagaan, mengurangkan pelapik bahu dan jaket, di samping membuat lapisan lembut untuk mengurangkan konsep button-down.

    Seluar untuk lelaki dipotong tepat di bawah lutut, manakala bagi wanita pula dilipat mengikut ukuran potongan. Risau tentang pakaian santai musim panas? Kemudian lapiskan dengan legging. Perincian tali serut pada seluar dan blaus memberikan fungsi teknikal pakaian. Jaket wanita dililit cantik di tengah. Kasut rata atau bertumit menyempurnakan penampilan untuk lelaki dan wanita. Manakala palet warna neutral telah diimbangi oleh warna hijau dan biru.

    Beg dibiarkan terbuka, bagi mempamerkan ruang utilitarian di dalamnya, untuk kunci, cermin mata dan pen. Ia boleh dibawa bersama sarung raket kulit atau tali tikar yoga, mengumumkan kepada dunia bahawa hari bekerja telah selesai. – AP

    ATAS & BAWAH : Para model memperagakan sebahagian daripada koleksi Boss pada Musim Bunga/Panas 2025 yang dipersembahkan di Milan, Itali. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda