MIAMI, 28 MEI – Jaringan buzzer-beater dramatik oleh Derrick White, Boston Celtics telah mengheret aksi Akhir NBA Eastern Conference menentang Miami Heat ke perlawanan ketujuh yang akan menentukan segala-galanya dalam kemenangan 104-103 yang menakjubkan di Florida Selatan, kelmarin.
Celtics menjadi pasukan keempat dalam sejarah NBA untuk menyamakan kedudukan dalam siri playoff tujuh terbaik selepas ketinggalan 3-0.
Mereka kini berpeluang pada Isnin untuk menandakan pencapaian yang lebih mengagumkan jika mereka boleh menjadi pasukan pertama memenangi siri selepas tewas dalam tiga perlawanan pembukaan dan mendapat tempat ke final menentang Denver Nuggets.
Ia adalah satu kekalahan yang amat besar untuk Miami, yang kurang satu saat lagi untuk mara ke Final NBA ketujuh mereka sebelum sentuhan inspirasi oleh White.
Celtics telah mendahului sepanjang pertandingan tetapi Miami kelihatan telah meraih kemenangan dan siri itu apabila Jimmy Butler dikasari, mencuba jaringan tiga mata, oleh Al Horford dari Boston.
Dengan masa berbaki tiga saat, Butler, yang beraksi di bawah prestasi sebenar, bangkit pada lewat suku keempat, tetap tenang dan berhasil mencetak tiga lontaran percuma dan meletakkan Heat di hadapan dengan keputusan 103-102.
Berdepan penyingkiran, percubaan jaringan tiga mata dari Marcus Smart melantun dari rim, tetapi White kekal peka dan pantas untuk memasukkan lantunan ke dalam keranjang, percubaan tersebut meninggalkan hujung jarinya hanya sepersekian saat sebelum buzzer.
Penonton Miami berasa kecewa ketika Celtics meraikannya di dalam lingkaran di tengah gelanggang.
“Bola datang kepada saya, saya membuat percubaan. Itulah yang saya lihat,” kata White sambil merenung detik kemenangan dalam permainan tersebut. – AFP