Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot baharu PPDB ditauliahkan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melakar satu lagi langkah bersejarah dalam usaha memperkukuhkan keselamatan perairan negara melalui majlis pentauliahan bagi bot pemintas baharu, Interceptor Class Boat (ICB), yang disempurnakan di Mangrove Paradise Resort, Jalan Kota Batu, hari ini.

    Majlis pentauliahan bot pemintas disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu serta Pemangku Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang) di JPM, Awang Zulhusam Bin Haji Abdul Samad.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin dan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris serta pegawai-pegawai kanan dari JPM, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Pejabat Peguam Negara, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan pegawai-pegawai kanan PPDB.

    Perolehan ICB berkenaan merupakan satu pencapaian strategik di bawah Pelan Operasi Maritim PPDB, selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035 ke arah membentuk sebuah negara yang selamat, berdaya tahan dan makmur.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi semasa merasmikan bot pemintas baharu, Interceptor Class Boat (ICB) pada majlis pentauliahan bot tersebut, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Awang Muhammad Noh menyerahkan model bot kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi hadir sebagi tetamu kehormat di majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bergambar ramai bersama anggota PPDB semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir selaku tetamu kehormat di Majlis pentauliahan bot pemintas. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Bot ICB itu dilengkapi dengan sistem navigasi dan komunikasi terkini dan direka khas bagi pelaksanaan rondaan berkelajuan tinggi, pemintasan sasaran mencurigakan serta respons pantas terhadap insiden penyeludupan, pencerobohan sempadan dan jenayah rentas sempadan.

    Inisiatif itu turut disokong oleh JPM selaku penyelaras dasar keselamatan negara, menerusi pendekatan Whole-of-Government yang melibatkan kerjasama erat bersama agensi-agensi utama lain seperti ABDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan (PPMK), Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) dan lain-lain.

    Majlis turut diserikan dengan pentauliahan bot oleh Yang Berhormat Pehin dan diikuti bacaan Doa Selamat dan seterusnya menaiki bot menyusuri Sungai Brunei.

    Seterusnya penyerahan rasmi model bot daripada Ketua Pegawai Eksekutif Brunei Engineering, Logistics, and Training Solutions (BELTS), Awang Muhammad Noh bin Haji Madali kepada Yang Berhormat Pehin, diikuti dengan tayangan video korporat dan demonstrasi langsung operasi bot pemintas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda