Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot bawa 11 mayat terdampar di pantai

    WASHINGTON, 28 MEI – Sebuah bot yang membawa 11 mayat terdampar di pantai di salah sebuah pulau St. Vincent and Grenadines, kata polis, sambil menambah bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu.

    “Pegawai menemui mayat Isnin lalu selepas menerima laporan mengenai bot yang mencurigakan ditemui di sepanjang pantai,” kata Pasukan Polis Diraja St. Vincent dan Grenadines dalam satu kenyataan kelmarin.

    Bot sepanjang 14 meter yang mengandungi mayat itu ditemui di pulau kecil Canouan, tempat pelancongan yang dipenuhi dengan hotel mewah dan pantai pasir putih.

    Gambar yang dikongsi oleh polis menunjukkan sebuah bot kecil terdampar di atas pasir.

    “Mayat berada dalam keadaan reput dan ada yang tidak dapat dicam sepenuhnya,” katanya.

    “Beberapa pasport ditemui di tempat kejadian, yang nampaknya berasal dari Republik Mali,” tambahnya.

    Pihak berkuasa berusaha untuk mengenal pasti mayat berkenaan, yang telah dibawa ke ibu negara Caribbean Kingstown, kata kenyataan itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda