WASHINGTON, 27 MEI – Sebuah bot yang membawa 13 orang meletup di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) dan mengakibatkan beberapa mangsa cedera, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Kejadian letupan bot dilaporkan berlaku sekitar 5:45 petang kelmarin berhampiran kawasan New River Triangle, Fort Lauderdale.
“Bot berkenaan membawa 13 orang. Beberapa kecederaan turut dilaporkan,” kata Pengawal Pantai AS Wilayah Tenggara menerusi hantaran di platform X hari ini.
Mangsa-mangsa yang terlibat dikejarkan ke hospital dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. – Bernama
