Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot bawa lebih 13 tan kokain dipintas di perairan Panama

    MEXICO CITY, 12 NOV – Pasukan keselamatan Panama kelmarin mengesahkan yang mereka memintas sebuah bot tunda di Lautan Pasifik yang membawa kira-kira 13.5 tan kokain, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Dalam operasi yang dijalankan berhampiran San Jose, sebuah pulau di luar pantai Panama, 10 lelaki yang berada di atas bot itu ditahan, menurut Perkhidmatan Aeronautik Nasional Panama (Senan).

    Penemuan itu dianggap sebagai rampasan dadah terbesar di perairan Panama sejak 2007, apabila 19 tan kokain dirampas.

    Menurut Senan, bot itu sedang berlayar ke utara melalui laluan laut yang luar biasa. Pihak berkuasa berkata kapal itu dalam perjalanan ke negara Amerika Tengah yang lain dan Mexico. – Bernama

    Pegawai Perkhidmatan Aeronaval Kebangsaan Panama mengawal 12 tan kokain yang dibahagikan kepada ratusan bungkusan di ibu pejabat Aeronaval di Bandaraya Panama pada 11 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda