Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot karam, 15 budak lemas

    KANO, NIGERIA, 10 MEI – Lima belas kanak-kanak lemas, manakala 25 lagi hilang susulan bot karam di sungai di barat laut negeri Sokoto Nigeria, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP.

    Menurut pentadbir politik daerah Shagari, Aliyu Abubakar, mangsa dalam perjalanan memungut kayu api di seberang sungai Shagari apabila bot me-reka yang lebih muatan terbalik.

    “Kira-kira 15 mayat, 13 perempuan dan dua lelaki, ditemui oleh pasukan penyelamat dan dikebumikan di kampung itu,” kata Abubakar, yang menyelia operasi menyelamat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda