Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot karam: 16 mayat warga Pakistan ditemui

    ISLAMABAD, 12 FEB – Pekerja kecemasan telah menemui 16 mayat warga Pakistan selepas sebuah bot karam di luar pantai Libya, dengan 10 yang lain dipercayai hilang, kata Kementerian Luar Pakistan kelmarin.

    Seramai 37 orang terselamat dalam kemalangan itu, kata pihak berkuasa. Kementerian pertama kali melaporkan kemalangan itu Isnin lalu. Ia berkata 63 warga Pakistan telah berada di dalam kapal itu dan 10 masih hilang, menurut laporan yang tidak disahkan.

    “Setakat ini 16 mayat telah ditemui dan kewarganegaraan mereka dikenal pasti berdasarkan pasport,” kata jurucakap Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.

    “Terdapat 37 mangsa terselamat termasuk seorang berada di hospital dan 33 dalam tahanan polis,” tambahnya.

    Pasukan dari kedutaan Pakistan di Tripoli melawat bandar pantai Zawiya untuk bertemu dengan pegawai tempatan dan mereka dari hospital Zawiya.

    “Kedutaan di Tripoli sedang dalam proses mengumpul maklumat lanjut dan menge-kalkan hubungan dengan pihak berkuasa tempatan,” tambah kenyataan itu.

    Setiap tahun beribu-ribu rakyat Pakistan membayar sejumlah besar kepada pengedar untuk membuat perjalanan berisiko dan haram ke Eropah, di mana mereka berharap untuk mencari kerja dan menghantar dana bagi menyara keluarga di rumah. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda