Sunday, February 2, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot karam di Filipina, 2 maut

    MANILA, 23 JUN – Dua nelayan Filipina maut dan tujuh lagi hilang selepas kapal mereka karam di luar Filipina, kata pengawal pantai hari ini, dengan pencarian di laut terbuka diteruskan.

    Seramai 14 daripada 23 anak kapal, Genesis 2, telah diselamatkan oleh kapal nelayan lain sejurus selepas kejadian sebelum subuh kelmarin, yang berlaku 337 kilometer timur pulau utama di selatan Mindanao.

    Mayat seorang daripada nelayan itu ditemui kelmarin selepas kapal itu karam di Laut Filipina, dan mayat kedua ditemui awal hari ini, Joseph Dacuyan dari Pengawal Pantai Filipina di wilayah Davao Oriental memberitahu AFP.

    Beliau berkata, bot itu “karam dalam masa beberapa minit” selepas ia mula dimasuki air. Kapten dan enam kru masih hilang. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda