Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot karam di Ghana, 8 lemas

    GHANA, 25 JAN – Lapan pelajar sekolah di Bono, wilayah timur Ghana mati lemas baru-baru ini selepas bot yang membawa mereka ke sekolah terbalik di Tasik Volta, menurut pegawai.

    Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMO) memberitahu media lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun itu adalah antara 20 pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah di Wayokope, sebuah komuniti di seberang tasik, lapor Xinhua.

    Ibrahim Wudonyim, penyelaras NADMO, berkata Unit Polis Marin Perkhidmatan Polis Ghana, dibantu oleh beberapa penduduk tempatan, menemui mayat pelajar berkenaan.

    Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan. – Bernama

    Mangsa yang terkorban terdiri daripada lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda