Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bot karam, kanak-kanak 7 tahun mati lemas

    LILLE, 3 MAC – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas hari ini apabila sebuah bot kecil yang membawa 16 pendatang menuju dari utara Perancis ke Britain terbalik, kata wilayah di jabatan Nord Perancis.

    “Bot itu tidak sesuai untuk membawa ramai orang,” kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan, menyebabkannya karam sejurus selepas orang ramai menaikinya di terusan Aa beberapa kilometer dari laluan keluar air ke Selat Inggeris. Polis dan bomba bergegas ke tempat kejadian selepas selepas seorang yang sedang berjalan-jalan memberi amaran, tambah wilayah itu.

    Ia berkata ibu bapa kanak-kanak itu, yang sedang melancong dengan tiga lagi anak mereka, dibawa ke hospital di Dunkirk.

    Bot ‘yang dicuri’ itu membawa sepasang suami isteri, dua lagi lelaki dan enam kanak-kanak, yang kesemuanya dibawa ke hospital.

    Hari ini menandakan kejadian ketiga yang membawa maut dalam percubaan merentasi Selat Inggeris tahun ini.

    Seorang lelaki Turkiye berusia 22 tahun meninggal dunia pada Rabu selepas terjatuh ke laut di luar Calais, manakala dua lagi pendatang masih hilang.

    Seorang warganegara Eritrea yang disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan samseng telah didakwa atas tuduhan membunuh dalam kes itu dan ditahan sejak kelmarin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...