CUTRO, 27 FEB – Pengawal pantai Itali hari ini mencari mayat di laut dan pantai selepas kapal karam di luar Calabria, ketika angka kematian meningkat kepada 62 orang.
Bot kayu yang penuh sesak itu pecah dan tenggelam awal semalam di laut bergelora di luar pantai selatan Itali, dengan mayat, kasut dan serpihan terdampar di sepanjang pinggir laut.
Angka kematian meningkat hari ini kepada 62, beritahu pengawal pantai kepada AFP dan jumlah tersebut dijangka meningkat.
Sergio di Dato, ketua kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata seorang budak Afghan berusia 12 tahun kehilangan kesemua keluarganya, sembilan di antara mereka empat adik-beradik, ibu bapa dan saudara rapat lain,” beritahunya kepada wartawan.
Di le Castella, seorang wartawan AFP melihat pengawal pantai menemui mayat seorang wanita yang nampaknya dalam umur 20an.
Badan kebajikan berkata mangsa yang selamat menceritakan mereka terdengar bunyi dentuman yang kuat pada waktu malam berdekatan pantai dan bot berkenaan pecah dan mereka semua jatuh ke dalam air. – AFP