Tuesday, July 22, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot karam: Puluhan maut, 5 masih hilang

    TELUK HALONG, 20 JULAI – Anggota penyelamat bertungkus-lumus mencari lima orang yang masih hilang hari ini selepas kira-kira 38 terbunuh apabila sebuah bot karam di salah satu destinasi pelancongan paling popular di Vietnam.

    Bot pelancong yang mengangkut para penumpang di sekitar Teluk Ha Long yang terkenal di Vietnam telah dilanda ribut mengejut kelmarin dalam salah satu bencana paling maut di tapak Warisan Dunia UNESCO.

    Kapal Wonder Sea itu membawa 48 penumpang dan lima kru kapal apabila ia karam akibat hujan lebat secara tiba-tiba, kata laman berita VNExpress.

    Tran Trong Hung, seorang penduduk di kawasan Teluk Ha Long, berkata kepada AFP, “Langit menjadi gelap.”

    “Terdapat hujan batu sebesar jari kaki dengan hujan lebat, ribut petir dan kilat,” katanya.

    Kebanyakan penumpang adalah keluarga yang melawat dari ibu negara, Hanoi, dengan lebih 20 kanak-kanak antara penumpang, katanya.

    Pengawal sempadan telah menyelamatkan 11 orang dan menemui 34 mayat menjelang petang kelmarin, tambahnya.

    Semalam, mayat tiga kru kapal ditemui di dalam kabin dan usaha menyelamat diteruskan hingga pagi tadi untuk mencari lima orang yang masih hilang.

    Seorang daripada mangsa yang diselamatkan meninggal dunia di hospital hari ini, menjadikan jumlah korban kepada 38 orang, kata VNExpress.

    Salah seorang yang diselamatkan, kata seorang budak lelaki berusia 10 tahun, kepada media VietnamNet, “Saya menarik nafas dalam-dalam, berenang melalui celah, menyelam kemudian berenang ke atas, saya juga menjerit meminta tolong, kemudian saya ditarik oleh sebuah bot tentera.”

    Perdana Menteri Pham Minh Chinh menyampaikan ucapan takziah kelmarin kepada saudara-mara mereka yang terbunuh dan menggesa Kementerian Pertahanan dan Keselamatan Awam untuk menjalankan pencarian dan penyelamatan segera. – AFP 

    Gambar menunjukkan bot pelancong yang karam di Teluk Ha Long, wilayah Quang Ninh pada 19 Julai. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda