Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot nelayan sesat ditembak tentera, seorang maut

    DHAKA, 11 OKT – Bangladesh berkata hari ini tentera laut Myanmar telah menembak bot nelayan yang tersesat memasuki perairan wilayahnya, membunuh seorang lelaki dan menahan berpuluh-puluh yang lain.

    Enam buah bot nelayan Bangladesh berhampiran Pulau Saint Martin telah sesat ke perairan wilayah Myanmar Rabu lalu.

    Dhaka berkata tentera laut Myanmar kemudian menyerang bot itu, di mana ia telah membunuh seorang lelaki berusia 60 tahun dan menahan 57 yang lain.

    “Bangladesh menggesa Myanmar supaya mengambil langkah segera untuk mencegah tindakan tidak wajar itu daripada berulang,” kata Kementerian Luar Bangladesh dalam satu kenyataan, sambil menambah ia telah mengemukakan bantahan diplomatik.

    Bagaimanapun, nelayan lain telah dibebaskan selepas campur tangan daripada Pengawal Pantai Bangladesh, katanya.

    Seorang pegawai dari balai polis Teknaf berhampiran, Giyas Uddin, memberitahu AFP terdapat seorang lagi nelayan cedera akibat tembakan tentera laut Myanmar.

    Menurut akhbar Daily Star, salah seorang pemilik bot itu berkata kru nelayan itu secara tidak sengaja menyeberang ke perairan Myanmar kerana arus laut yang kuat, sambil menambah tentera laut Myanmar telah melepaskan tembakan tanpa amaran.

    Namun demikian, tentera Myanmar enggan mengulas mengenai kejadian itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda