Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot penumpang terbalik, tujuh hilang

    MANILA, 26 JAN – Tujuh orang dilaporkan hilang dan empat lagi berjaya diselamatkan di laut selepas dua bot penumpang kecil terbalik akibat cuaca buruk di luar pulau Palawan di barat Filipina, kata polis hari ini.

    Bot itu membawa penduduk tempatan di pulau-pulau kecil di sekitar perbandaran Araceli di Laut Sulu apabila mereka secara berasingan dilanda angin kencang di kawasan yang sama pada Rabu, kata ketua polis, Araceli kepada AFP.

    Keempat-empat individu di atas salah satu daripada bot-bot itu berjaya diselamatkan tanpa cedera kelmarin, manakala mereka yang berada di kapal kedua masih hilang, kata Kapten polis, Orland Sagaro.

    “Tiada ribut tetapi monsun timur laut agak kuat di bahagian ini. Mereka berkemungkinan dimasuki air sebelum terbalik,” tambahnya.

    Tentera laut, pengawal pantai dan penyelamat dari kerajaan tempatan semuanya terlibat dalam mencari kapal kedua dan tujuh penumpang dan anak kapalnya, kata Sagaro.

    Kemalangan laut kerap berlaku di Filipina, kepulauan Asia yang dilanda ribut dengan lebih 7,000 pulau dengan perkapalan domestik yang tidak dikawal selia dengan baik. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda