Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot terbalik: 1 maut, 2 hilang

    MANILA, 2 OKT – Seorang nelayan lemas dan dua yang lain hilang, manakala 15 lagi diselamatkan selepas sebuah bot nelayan karam di bandar Zamboanga di selatan Filipina, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Ketua polis Zamboanga City, Kolonel Polis Alexander Lorenzo berkata bot itu meninggalkan pelabuhan bandar itu sekitar jam 5 petang waktu tempatan pada Sabtu dan sedang belayar ke sebuah pulau terpencil di wilayah Sulu untuk ekspedisi menangkap ikan apabila ia berdepan dengan ombak besar lewat malam Sabtu, yang menyebabkan bot itu terbalik di perairan pantai barat bandar itu.

    Lorenzo berkata sebuah kapal nelayan ternampak bot malang itu pada pagi kelmarin dan menyelamatkan 15 orang. Pihak berkuasa berkata mereka sedang mencari anak kapal lelaki berusia 50 dan 63 tahun yang masih hilang. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda