Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot terbalik dilanggar ikan paus, penumpang selamat

    NEW YORK, 24 JULAI – Dua penumpang sebuah kapal nelayan selamat kelmarin setelah seekor ikan paus timbul dari bawah bot mereka, menyebabkan ia terbalik di luar pantai New Hampshire, menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat.

    Kejadian berlaku kelmarin berhampiran Taman Negara Odiorne Point. Pengawal Pantai dalam hantaran di X berkata mereka telah menerima panggilan kecemasan yang menyatakan bahawa bot konsol sepanjang 23 kaki telah terbalik kerana dilanggar ikan paus.

    “Penumpang-penumpang itu terpelanting dari kapal ketika bot itu terbalik,” kata Pengawal Pantai, sambil menambah siaran maklumat marin segera dikeluarkan dan Stesen Pengawal Pantai Pelabuhan Portsmouth telah dimaklumkan.

    “Seorang individu yang baik hati telah menyelamatkan kedua-dua penumpang dari air. Tiada kecederaan dilaporkan,” tulis Pengawal Pantai itu.

    Kru bot dari Station Portsmouth melaporkan bahawa ikan paus itu nampaknya tidak mengalami kecederaan.

    Insiden itu dilaporkan kepada Talian Hotline Haiwan Marin Pusat Kajian Pantai dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara. Kapal itu juga telah diselamatkan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda