Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bot terbalik ragut 11 nyawa

    MIAMI, 13 MEI – Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila sebuah bot dipercayai membawa puluhan penghijrah terbalik di luar pantai Puerto Rico, dengan usaha menyelamat dijangka diteruskan sepanjang malam, menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), semalam.

    “Setakat jam 6 petang Khamis, unit agensi rakan tindak balas telah menyelamatkan 31 mangsa membabitkan 11 wanita dan 20 lelaki. Sebanyak 11 mayat turut ditemukan,” kata pihak Pengawal Pantai AS. Jurucakap Perlindungan Sempadan dan Kastam AS (CBP) memberitahu AFP, bot yang belum dikenal pasti jumlah penumpang ketika kejadian itu, tenggelam di kedudukan 10 batu nautika utara Pulau Desecheo, wilayah AS tanpa penghuni yang terletak di antara Puerto Rico dan Republik Dominican.

    Katanya, kebanyakan mangsa terselamat adalah dari Haiti atau Republik Dominican, namun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Terdahulu, Pengawal Pantai AS dalam satu kenyataan berkata, bot berkenaan disyaki ‘terbabit dalam pelayaran haram,’ namun tidak mengulas lanjut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda