SEMPORNA, 28 Feb – Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan bot untuk guru-guru di daerah ini yang berulang-alik dari tanah besar ke sekolah masing-masing di kawasan pulau.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keperluan dan kesejahteraan para guru yang banyak melahirkan modal insan berjaya demi pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan.
Beliau berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Warga Pendidik Daerah Semporna di Dewan Bugaya di sini kelmarin yang dihadiri lebih 2,000 guru dan pemimpin tempatan. Katanya, permintaan kemudahan bot itu disuarakan para guru di daerah ini yang telah mencatatkan prestasi akademik pelajar membanggakan STPM. – Bernama