Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bot warga Korea Utara hanyut

    TOKYO, 30 Nov – Jepun akan menyiasat 10 orang yang telah mengisyaratkan mereka berasal dari Korea Utara selepas bot usang mereka hanyut ke perairan di luar pulau utara Jepun Hokkaido, kata pegawai hari ini.

    Pengawal pantai menemui kapal tersebut semalam, yang terbaru dalam beberapa siri penemuan bot rosak atau tenggelam dari Korea Utara, ada kalanya dengan mayat di dalam bot.

    Seorang anggota krew memberitahu pengawal pantai mereka adalah 10 warga Korea Utara yang berlindung daripada cuaca buruk, kata jurucakap pengawal pantai Yuuichi Chiba.

    “Mereka memberi isyarat “ya” atau “tidak” kepada soalan yang kami kemukakan pada papan mesej elektronik kami,” kata Chiba.

    “Sekarang kami sedang menunda bot ke perairan yang lebih tenang dan merancang untuk mengadakan pemeriksaan di dalam bot pada tengah hari ini,” tambah beliau.

    Gambar fail yang diambil kelmarin, menunjukkan sebuah bot kayu milik warga Korea Utara berhampiran dengan kapal peronda pantai Jepun di Hokkaido. – AP

    Dalam kejadian berasingan, pegawai mendedahkan hari ini bahawa mereka telah menjejaki dua bot nelayan Korea Utara yang terapung-apung di perairan di luar tengah Jepun disebabkan masalah enjin, bersama 21 krew di dalam bot.

    Pengawal pantai telah mengawasi bot sehingga hari ini apabila sebuah bot lain dari Utara datang untuk menyelamat kelasi dan membawa mereka pulang.

    Kejadian terbaru berlaku beberapa hari selepas sekumpulan lapan nelayan yang mendakwa berasal dari Korea Utara terdampar di utara wilayah Akita.

    Pada awal minggu ini, 10 mayat ditemui – lapan di dalam bot kayu yang rosak di Akita dan dua di pantai pulau Sado di laut Korea Utara.

    Berpuluh kapal perikanan Korea Utara terdampar di pantai Jepun setiap tahun.

    Pakar berkata beberapa nelayan Korea Utara berjalan jauh ke laut demi memuaskan mandat kerajaan untuk menjalankan tangkapan yang lebih besar. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Terkini