Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bottas kekal bersama Mercedes

    SPA-FRANCORCHAMPS, 30 OGOS – Valtteri Bottas kekal sebagai rakan sepasukan Lewis Hamilton di Mercedes tahun depan manakala Esteban Ocon menggantikan Nico Hulkenberg di Renault, umum kedua-dua pasukan awal pagi tadi.

    Pengumuman mengenai pemandu Perancis, Ocon kembali berlumba selepas semusim bertindak sebagai pemandu uji dan simpanan Mercedes dilakukan selepas pasukan juara itu memutuskan untuk

    memberikan Bottas tahun keempat di samping juara lima kali Hamilton.

    Pada hari pertama yang sibuk selepas rehat pertengahan musim Eropah, paddock Formula Satu dihujani dengan spekulasi mengenai perpindahan dan khabar angin termasuk kemungkinan kembalinya Marcus Ericsson di Alfa Romeo menjelang Grand Prix Belgium, Ahad ini.

    Mercedes membuat pilihan untuk mengekalkan Bottas, yang menyambut hari lahir ke-30 kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda