Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bottas, Wolff berdamai

    BUDAPEST, 31 Julai – Valtteri Bottas dan ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff telah berdamai susulan kesalahfahaman mengenai komen masing-masing mengenai peranannya sebagai ‘pembantu sensasi’ selepas Grand Prix Hungary, Ahad lalu.

    Pemandu dari Finland itu menyatakan menerusi Twitter bahawa beliau tidak dipanggil untuk mesyuarat bersama pasukan dan faham sepenuhnya mengenai kenyataan Wolff sementara ketua pasukan berkata Bottas telah menunjukkan perlumbaan yang mantap untuk pasukan.

    “Terdapat kenyataan di luar konteks…” katanya. “Saya tidak dipanggil berjumpa dengan bos-bos yang lain selepas Toto berkata, saya merupakan pembantu yang sesuai untuk perlumbaan ini. Ia tidak perlu.

    “Saya kecewa dengan keputusan akhir bagi perlumbaan itu dan melihat semua dalam pandangan secara negatif buat seketika. Saya tahu apa yang dimaksudkannya.

    Beliau juga akan mengatakan perkara yang sama mengenai Lewis jika beliau berada dalam situasi yang sama dan perlumbaan yang sama.

    “Kami berada pada tahap yang sama dan percaya 100 peratus kepada pasukan, di mana Bottas terus memberi reaksi dan berkata beliau kecewa kerana disifatkan sebagai pembantu selepas pendahulu kejuaraan, Lewis Hamilton merekodkan kemenangan keenam di Grand Prix Hungary.

    Merujuk kepada laporan mengenai reaksi Bottas, Wolff berkata: “Itulah yang berlaku apabila perkara itu tidak dibincangkan secara empat mata sekali gus kenyataan telah diputar belit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda