Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Boulter menentang Kostyuk di San Diego WTA

    LOS ANGELES, 3 MAC – Pemain Britain, Katie Boulter dan pemain Ukraine, Marta Kostyuk mara ke Terbuka WTA Final San Diego dengan kemenangan hebat pada separuh akhir kelmarin, menyingkirkan dua daripada tiga pilihan utama.

    Boulter, yang menduduki ranking ke-49 dunia, menewaskan pilihan ketiga AS Emma Navarro 6-3, 6-1 dalam masa 74 minit manakala pilihan keenam Kostyuk menyingkirkan pilihan utama AS Jessica Pegula 7-6 (7/4), 6-1.

    Setiap finalis memburu gelaran kedua WTA. Kostyuk, yang menduduki tempat ke-34, menang tahun lalu di Austin manakala Boulter merangkul mahkota tunggalnya di Nottingham tahun lalu.

    Boulter, di California Selatan telah mengalahkan pilihan kedua Beatriz Haddad Maia, mengawal permainan dari awal menentang Navarro di ranking ke-26, yang memenangi kejuaraan WTA pertamanya pada Januari di Hobart Boulter patah dua kali untuk menang set pertama. Dia mendahului 6-3, 1-0 sebelum permainan dihentikan akibat hujan.

    Penangguhan singkat itu tidak membantu Navarro, yang menyerah kalah apabila mereka menyambung semula ketika Boulter mendahului 3-0 dalam set itu. – AFP

    Aksi Marta Kostyuk melakukan pukulan kilas menentang Jessica Pegula. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...